Mencintai Isterimu
…Isterimu akan
menjadi penemanmu, penghiburmu serta sahabat terbaik untukmu…
Dengan berkahwin, anda bukan sahaja mendapat seorang isteri,
bahkan kamu seperti sudah memiliki seluruh dunia. Mulai sekarang hinggalah ke
akhir hayat, isterimu adalah penemanmu,
penghiburmu serta sahabat terbaik kamu.
Dia akan berkongsi saat-saat indah kamu, hari-harimu serta
tahun-tahunmu. Dia akan berkongsi gembira dan sedihmu, kemenangan dan kekalahan
kamu, impianmu dan ketakutanmu. Apabila kamu sakit, dia akan menjaga kamu
dengan baik sekali; apabila kamu memerlukan sesuatu, dia akan cuba yang terbaik
untuk memenuhinya; apabila kamu mempunyai rahsia, dia akan menyimpakannya;
apabila kamu memerlukan nasihat, dia akan memberikan nasihat yang terbaik
kepadamu.
Dia akan sentiasa bersamamu: Apabila kamu bangun pagi, benda
pertama yang mata kamu akan lihat adalah isterimu; apabila siang hari, dia akan
sentiasa bersamamu, sekiranya dia tiada di sampingmu, dia pasti akan
memikirkanmu, mendoakanmu dengan sepenuh hatinya; apabila kamu masuk untuk
tidur, benda terakhir kamu akan lihat adalah isterimu; bahkan saat kamu tidur
juga kamu akan menemuinya. Natijahnya, dia akan menjadi duniamu dan kamu juga akan menjadi dunianya.
Pada saya, penerangan yang paling tepat untuk menerangkan
semua di atas adalah melalui firman Allah azza wa jalla:
ہُنَّ لِبَاسٌ لَّکُمْ وَاَنۡتُمْ لِبَاسٌ لَّہُن
“Mereka
adalah pakaian bagi kamu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka.”
[Surah
al-Baqarah, 2 : 187]
Benar, pasangan suami
isteri adalah ibarat pakaian bagi satu sama lain kerana mereka menjanjikan
keselamatan, keselesaan, perlindungan, sokongan dan dandanan untuk setiap
manusia. Bayangkan sahaja perjalanan di Alaska tanpa pakaian!
Begitu juga halnya
dengan isterimu, mereka menjanjikan keselamatan, keselesaan, perlindungan,
sokongan serta menjadi perhiasan yang menyejukkan mata kita. Mereka akan
menemani kita menempuh kehidupan ini seperti mana pakaian yang memanaskan badan
kita sekiranya kita ke Alaska.
Hubungan pasangan suami
isteri teramat menarik daripada hubungan dengan manusia lain: dari segi cinta dan tarikannya,
keakraban serta kerapatannya, sifat
kasih dan sayangnya, ketenteraman dan keamanannya yang memenuhi hati
pasangan suami isteri ini ternyata tidak dapat dijelaskan. Hal ini adalah
tindakan dan kuasa daripada Allah azza wa jalla.
وَاللہُ جَعَلَ لَکُمۡ مِّنْ اَنۡفُسِکُمْ اَزْوٰجًا
“Dan
Allah menjadikan bagimu (pasangan suami atau isteri) dari jenis kamu sendiri.”
[Surah
an-Nahl, 16 : 72]
Allah azza wa jalla
dengan Kekuasaan-Nya boleh mencipta dan menanam perasaan indah ini di dalam
hati pasangan suami isteri. Tambahan, Allah subhanahu wa Ta’ala mengingatkan
kepada mereka yang mencari Tanda-Tanda Kebesaran Allah bahawa perasaan kasih
sayang ini juga merupakan antara
Tanda-Tanda Kebesarannya yang akan membimbing manusia kepada kewujudan-Nya.
وَ مِنْ اٰیٰتِہٖۤ اَنْ خَلَقَ لَکُمۡ مِّنْ اَنۡفُسِکُمْ اَزْوٰجًا لِّتَسْکُنُوۡۤا اِلَیۡہَا وَ جَعَلَ بَیۡنَکُمۡ مَّوَدَّۃً وَّ رَحْمَۃً ؕ اِنَّ فِیۡ ذٰلِکَ لَاٰیٰتٍ لِّقَوْمٍ یَّتَفَکَّرُوۡنَ ﴿۲۱﴾
“Dan
di antara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan
untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram
kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada
yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kkaum
yang berfikir.”
[Surah
ar-Rum, 30 : 21]
Namun begitu, Allah
Maha Mengetahui bahawa hati manusia tidaklah berubah sentiasa, ada kalanya
lemah dan ada kalanya hebat. Perasaan akan berubah mengikut masa. Cinta akan
layu dan pudar. Perasaan ini akan lemah sekiranya tidak dijaga dengan baik.
Kebahagian perkahwinan tidak boleh diambil ringan: cinta yang berterusan
memerlukan pemahaman dan pemberian daripada kedua-dua pihak. Untuk pokok cinta
tumbuh mekar dan membesar, tanahnya mestilah dijaga, disirami serta diawasi.
Ingatlah bahawa kamu
akan diberi ganjaran oleh Allah subhanahu wa Ta’ala untuk setiap gerak-gerimu
terhadap isterimu kerana Rasulullah saw bersabda: “Seseorang itu akan diberi
ganjaran untuk setiap amalannya dalam mencari rahmat Allah bahkan suapan
makanan yang disuapkan ke mulut isterinya.”
Dari Abu Masud al-Ansari radhiallahu 'anhu: Rasulullah saw
bersabda:
“Apabila seorang Muslim memberikan sesuatu kepada keluarganya dengan niat untuk mendapatkan ganjaran dari Allah, maka ia dikira sedekah baginya.”
[Sahih Bukhari (263)]
Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, bahawa Rasulullah saw
bersabda:
“Daripada Dinar yang kamu keluarkan di jalan Allah, atau membebaskan seorang hamba, atau sedekah yang diberikan kepada yang memerlukan, atau untuk menyokong keluarga, yang paling besar ganjarannya adalah yang kamu keluarkan untuk keluargamu.”
[Sahih Muslim (2181)]
Jangan memandang rendah
hal seperti suapan mulut ke dalam mulut isterimu, membukan pintu kereta
untuknya, mendukungnya saat dia tidur dan sebagainya, kerana ganjaran yang
Allah janjikan adalah besar.
Ingatlah bahawa Rasulullah
membantu isterinya untuk menaiki unta.
Dari Anas bin Malik radhiallahu 'anhu:
Kemudian kami sampai di Khaibar; dan ketika Allah membolehkan beliau menguasai kota tersebut (Khaibar), keindahan Safiya binti Huyai diterangkan kepada baginda. Suaminya meninggal ketika dia seorang pengantin. Maka Rasulullah memilihnya untuk baginda dan membawanya hinggalah kami sampai di suatu tempat bernama Sadas Sahba, di mana menstruasinya tamat dan baginda mengambilnya sebagai isteri. Haris(sejenis makanan) dihidangkan di atas kain kulit kecil. Kemudian Rasulullah mengarahkanku untuk memanggil semua yang bersamaku. Maka, itu adalah jamuan perkahwinan antara Rasulullah dan Safiya. Kemdian kami bergerak ke Madina. Aku melihat Rasulullah melipat mantelnya(pakaian tanpa lengan) di atas bonggolan unta untuk memberikan ruang yang luas untuk Safiya (duduk di belakang baginda). Baginda duduk di sebelah untanya membiarkan kakinya untuk Safiya meletakkan kaki untuk memanjat unta tersebut. Kemudian, kami meneruskan perjalanan hingga kami sampai di Madinah; baginda melihat ke arah (Gunung) Uhud dan berkata: “Ini adalah gunung yang mencintai kita dan kita mencintainya juga.” Kemdian baginda melihat Madinah dan berkata: “Ya Alah! Aku jadikan kawasan di antara (Madinah) dua gunung sebagai tempat suci seperti mana Ibrahim menjadikan Mekah sebagai tempat suci. Ya Alllah! Berkatilah mereka (yakni penduduk Madinah) di dalam Mudd dan Sa mereka (Ukuran).”
[Bukhari (143)]
Cubalah cari masa untuk
kalian solat bersama-sama. Menguatkan hubungan dengan Allah akan menjanjikan
hubungan perkahwinan kalian kekal kuat.
Ingatlah bahawa
Rasulullah saw memuji pasangan suami isteri yang bangun lewat malam untuk solat
bersama. Rasulullah juga menggesa
pasangan yang bangun lebih awal untuk mengejutkann pasangannya, meskipun
perlu menyimbah air di atas muka pasangannya itu.
Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Semoga Allah memberkati lelaki yang bangun lewat malam dan solat, dan mengejutkan isterinya; sekiranya isterinya enggan, dia patut memercikkan air pada mukanya. Semoga Allah memberkati wanita yang bangun lewat malam dan solat,, dan mengejutkan suaminya; sekiranya suaminya enggan, dia patut memercikkan air pada muka suaminya.”
[HR Dawud (1303)]
Sentiasalah memberikan
yang terbaik kepada isterimu dari segi bahasamu dan amalanmu. Bercakaplah
dengan dia, senyum padanya, sentiasa minta nasihatnya, meminta pendapatnya,
penuhkan masa terluang dengannya dan sentiasalah ingat pesan Rasulullah saw
yakni: “Yang paling baik antara kamu adalah yang paling baik terhadap
isterinya.”
Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Lengkapnya seorang yang beriman dalam kepercayaannya adalah mereka yang paling baik sikapnya, dan yang paling baik antara kamu adalah yang paling baik tingkah lakunya terhadap isteri-isteri mereka.”
[HR Tirmidzi (1162)]
Dari A’isyah radhiallahu 'anha(dan dari
Abdullah Ibn Abbas radhiallahu 'anhu) bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Yang paling baik antara kalian adalah mereka yang baik kepada ahli keluarganya; dan aku adalah yang paling baik antara kalian terhadap keluargaku.”
[HR Tirmidzi (3252)]
Natijahnya, amatlah
perlu seseorang itu menyayangi dan mengasihi pasangannya hinggalah ke syurga
sekalipun.
اُدْخُلُوا الْجَنَّۃَ اَنۡتُمْ وَ اَزْوٰجُکُمْ تُحْبَرُوۡنَ ﴿۷۰﴾
“Masuklah kamu ke syurga, kamu dan pasanganmu akan
digembirakan.”
[Surah
Zukhruf, 43 : 70]
Namun semua ini tidak
cukup kamu hanya mencintai isterimu sahaja. Kamu perlu mencintai juga apa
yang dicintai oleh isterimu. Keluarganya, kawannya, semua itu perlu anda
kasihi juga.
Jangan anda jadi
seperti seorang lelaki ini yang tidak suka mertuanya datang ke rumahnya dan
kemudian kata kepada isterinya: “Saya tidak suka mereka.” Kemudian, isterinya
dengan marah pandang tepat ke mata suaminya dan berkata, “Saya juga!”
Lihat bagaimana Rasulullah saw mencintai isteri-isteri baginda dan juga orang yang isterinya sayang. Cintanya pada Khadijah yang telah meninggal dunia berterusan walaupun Khadijah sudah tiada. Bertahun-tahun setelah kematian Khadijah, setiap kali ada korban kambing di rumahnya, baginda pasti akan mengedarkannya kepada keluarga dan sahabat Khadijah. Bahkan setiap kali ada tetamu yang akan datang ke rumah baginda itu adalah adik Khadijah, Hala, baginda pasti akan berdoa: “Ya Allah, semoga itu adalah Hala.”
Daripada A’ishah radhiallahu 'anha:
[Sahih Bukhari (164)]
Aku tidak merasakan cemburu dengan mana-mana isteri Rasulullah saw seperti mana aku cemburu dengan Khadijah (walaupun) dia sudah meninggal sebelum baginda mengahwiniku; aku sering mendengar baginda menyebut-nyebut namanya, dan Allah sudah memberitahu baginda untuk memberitahunya berita gembira bahawa dia (Khadijah) akan mendapat Istana Qasab, dan setiap kali baginda menyembelih seekor kambing, dia akan memberikannya kepada kawan wanita Khadijah.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar